Kes Zara Qairina: Hapuskan budaya `diam, terima' yang selama ini melindungi pembuli
Saya masih ingat, seakan-akan semalam ia berlaku. Tahun itu saya di Tingkatan Empat — seorang pelajar remaja yang datang ke sekolah berasrama penuh dengan semangat ingin belajar, membawa harapan keluarga, dan percaya bahawa dunia pendidikan adalah tempat menanam impian.






