Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

#MyMudah bantu usahawan dan peniaga luar bandar atasi pelbagai cabaran

KUALA LUMPUR 27 Mac - Usahawan dan peniaga luar bandar boleh menyalurkan isu dan cabaran berkenaan peraturan yang dihadapi secara langsung melalui program Malaysia Mudah atau #MyMudah. 

 

Solat jemaah di Selangor diberi kebenaran rapatkan saf mulai 1 April ini

KUALA LUMPUR 27 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri itu dirapatkan saf mulai 1 April 2022.

 

Peruntukan RM300 juta e-Pemula bakal manfaatkan lebih 2 juta belia

KUALA LUMPUR 27 Mac - Peruntukan sebanyak RM300 juta bagi program e-Pemula dijangka memberi manfaat kepada lebih 2 juta belia di negara ini.

 

Penganalisis jangka kerajaan akan ambil tindakan bendung inflasi

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kerajaan dijangka mengambil tindakan untuk membendung inflasi jika kenaikan harga komoditi dan gangguan bekalan yang berlarutan dalam pasaran antarabangsa menyebabkan berlakunya tekanan inflasi yang lebih kuat.

 

Teknologi VR mudahkan pengurusan alam sekitar - Zaini Ujang

KUALA LUMPUR 27 Mac - Penggunaan teknologi realiti maya (VR) mampu memudahkan pengurusan alam sekitar termasuk sumber air selain meningkatkan kefahaman dan komitmen masyarakat terhadap usaha pelestarian alam sekitar.

 

Lori rosak punca kesesakan 20 km di laluan Kuala Kangsar-Changkat Jering berjaya dialihkan

KUALA LUMPUR 26 Mac - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menzahirkan kekesalan selepas pelanggan lebuh raya mereka terperangkap dalam kesesakan sepanjang 20 kilometer di laluan Kuala Kangsar-Changkat Jering akibat sebuah treler kehabisan minyak serta kerosakan enjin.

 

HPK merupakan program advokasi kepada pengguna terhadap hak mereka

KUALA LUMPUR 26 Mac - Penganjuran Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 2001 merupakan program advokasi berterusan dalam memberikan kesedaran kepada pengguna terhadap hak-hak mereka.

 

AKM Perlis bantu Warongku kukuhkan pasaran di utara tanah air

KANGAR 26 Mac - Warongku, platform pemasaran dan perkhidmatan dalam talian 
mengukuhkan lagi pasarannya di utara tanah air melalui pendedahan yang diperolehi melalui Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini.

Semak semua maklumat sebelum membeli secara dalam talian, elak jadi mangsa penipuan - PM

KUALA LUMPUR 26 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai menyemak semua maklumat berkaitan sebelum menjalankan urusan pembelian secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

 

Pekebun kecil RISDA raih manfaat jika kerajaan benarkan eksport daun ketum - Mahdzir

KUALA NERANG 23 Mac - Pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mungkin boleh mendapat manfaat sekiranya kerajaan Persekutuan membenarkan eksport daun ketum ke luar negara.

 

Pengunjung teruja belajar menganyam rotan di AKM Perlis

KANGAR 26 Mac - Pengunjung mengambil peluang mempelajari teknik menganyam rotan dalam Demostrasi Anyaman Kraf Rotan dan Tikar pada hari kedua Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini.

 

Pelajar berpeluang ambil SPM sesi kedua bermula 5 April hingga 19 Mei ini

KUALA LUMPUR 23 Mac - Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang tidak berkesempatan menduduki peperiksaan berkenaan pada awal tahun ini berpeluang mengambil ujian berkenaan pada sesi kedua yang akan berlangsung pada 5 April hingga 19 Mei 2022 ini.

 

Gerai jualan harga patut Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perlis terus ‘diserbu’

KANGAR 26 Mac - Gerai Jualan Harga Patut Koperasi (JHP) terus ‘diserbu’ orang ramai pada hari kedua Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis bagi mendapatkan barangan asas dengan harga yang cukup murah.

 

Subscribe to Terkini