Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung CelcomDigi susut 9.3% pada 2Q, isytihar dividen 3.4 sen sesaham

KUALA LUMPUR 14 Ogos - CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih boleh diagihkan kepada pemegang saham sebanyak RM398 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY26), turun 9.3% berbanding RM439 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya, susulan peningkatan perbelanjaan dan kerugi

Bank Negara: Kebanyakan perniagaan berdepan kos lebih tinggi, tetapi kenaikan harga kepada pengguna masih terhad

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kebanyakan perniagaan di Malaysia berdepan peningkatan kos, namun keupayaan mereka untuk memindahkan kenaikan itu kepada pengguna masih terhad berikutan permintaan yang kekal berdaya tahan tetapi tidak berlebihan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Airports buka peluang vendor Sabah, Sarawak sertai projek naik taraf lapangan terbang

KOTA KINABALU 14 Ogos - Malaysia Airports sedang mempersiapkan kontraktor dan pembekal di Malaysia Timur untuk merebut peluang projek pembangunan lapangan terbang akan datang ketika kerja menaik taraf infrastruktur dan pembaharuan aset dipergiat di Sabah dan Sarawak.

Sarawak rancang bina hab perubatan regeneratif bersepadu pertama Asia Tenggara di Kota Samarahan

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sarawak mencadangkan pelaburan RM50 juta untuk membangunkan hab perubatan regeneratif bersepadu pertama di Asia Tenggara, yang bakal menghimpunkan aktiviti penyelidikan, pembuatan dan aplikasi klinikal di bawah satu bumbung.

 

Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.9% pada suku kedua akibat kenaikan kos minyak

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat kepada 1.9% pada suku kedua 2026 daripada 1.6% pada suku pertama, berikutan tekanan kos luaran yang lebih tinggi serta kenaikan harga bahan api.

 

Ekonomi Malaysia berkembang 6% pada 2Q26, melepasi jangkaan awal 5.8% - BNM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ekonomi Malaysia berkembang lebih pantas daripada jangkaan pada suku kedua 2026 (2Q26), dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.0% didorong perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan dan eksport yang kukuh, meskipun berdepan ketidakt

Prospek pemulihan AirAsia positif namun penganalisis kekal berhati-hati

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Prospek AirAsia Group Bhd dijangka bertambah baik menjelang penghujung tahun apabila harga bahan api semakin stabil dan permintaan perjalanan kekal kukuh, namun penganalisis mengambil pendekatan lebih berhati-hati susulan prestasi lemah pada suku kedua. 

Keyfield sasar penggunaan kapal pulih 90% pada 3Q26, DCR stabil susulan aktiviti huluan meningkat

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Keyfield International Bhd menjangkakan kadar penggunaan kapal kumpulan itu pulih kepada 90% pada suku ketiga 2026 (3Q26), apabila lebih banyak kapal mula beroperasi, sekali gus memberi sokongan kepada pemulihan prestasi kumpulan selepas te

Kedatangan pesakit Indonesia terus kukuh, KPJ antara penerima manfaat utama - Phillip Capital

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Aliran pesakit Indonesia ke Malaysia dijangka terus kukuh tanpa tanda-tanda kelembapan, sekali gus memberi prospek positif kepada pemain hospital swasta seperti KPJ Healthcare Bhd dan IHH Healthcare Bhd, menurut Phillip Capital Research (Phillip Capital).

MN Holdings berpotensi raih lebih banyak projek TNB daripada tender RM3.7 bilion - Maybank Research

KUALA LUMPUR 14 Ogos - MN Holdings Berhad berpotensi meraih lebih banyak projek Tenaga Nasional Bhd (TNB) apabila projek berkaitan syarikat utiliti nasional itu merangkumi 64% daripada keseluruhan tender bernilai RM3.7 bilion yang sedang diburunya, menurut Maybank Research.

Keuntungan Petronas Chemicals dijangka melonjak sehingga RM1.1 bilion susulan kenaikan harga baja, petrokimia

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Petronas Chemicals Group Bhd (PCHEM) berpotensi mencatatkan prestasi suku tahunan terbaik dalam kitaran semasa dengan keuntungan teras dianggarkan antara RM700 juta hingga RM1.1 bilion bagi suku kedua 2026 (2Q26), susulan lonjakan harga baja dan produk petr

Kontrak baharu tingkatkan nilai projek RE Gamuda di Australia kepada RM4.76 bilion dalam tiga bulan - Penganalisis

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kejayaan Gamuda Bhd memperoleh satu lagi kontrak berkaitan tenaga boleh baharu (RE) menjadikan jumlah kontrak solar dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) kumpulan itu di Australia kepada RM4.76 bilion dalam tempoh tiga bulan.

 

Tomei bekerjasama dengan anak syarikat Ta Yoong dalam perniagaan pajak gadai

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Tomei Consolidated Berhad bekerjasama dengan pengendali pajak gadai, Ta Yoong Group bagi menceburi perniagaan pajak gadai.

 

Subscribe to Terkini