Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Inisiatif Bandar Pintar Selangor antara kerajaan negeri dan MCMC menerima peruntukan tambahan kepada RM450 juta

SHAH ALAM 20 Jan – Peruntukan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Inisiatif Bandar Pintar Selangor ditingkatkan kerajaan kepada sebanyak RM450 juta berbanding asalnya hanya kira-kira RM350 juta.

Ecofirst lantik Yip Kit Weng, Lee King Loon sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

KUALA LUMPUR 20 Jan – Ecofirst Consolidated Bhd melantik Yip Kit Weng dan Lee King Loon sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 19 Januari 2026.

 

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR 20 Jan – Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

MK Land lancar projek kediaman Eugenia, Lily di Ipoh

KUALA LUMPUR 20 Jan – MK Land Holdings Berhad terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju hartanah pilihan di Perak dengan memperluaskan portfolio pembangunan hartanah menerusi projek kediaman Eugenia dan Lily, yang telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

 

Reservoir Link raih arahan kerja perkhidmatan gerudi daripada Roc Oil

KUALA LUMPUR 20 Jan – Reservoir Link Energy Bhd (RLEB) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Reservoir Link Sdn Bhd (RLSB) telah menerima Arahan Kerja daripada Roc Oil (Sarawak) Sdn Bhd bagi penyediaan perkhidmatan penggerudian untuk projek D35, D21 dan J4 ba

Eastern & Oriental lancar projek Seri Embun di Elmina, Shah Alam pada Februari 2026

KUALA LUMPUR 20 Jan – Eastern & Oriental Berhad (E&O) mengumumkan pelancaran projek kediaman baharu mereka, Seri Embun di Elmina, Shah Alam pada Februari 2026, fasa seterusnya dalam pembangunan perbandaran bersepadu syarikat itu.

 

Siasatan IJM: 9 individu dirakam keterangan SPRM - Azam Baki

KUALA LUMPUR 20 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan sembilan individu termasuk dua pihak berkepentingan hari ini bagi membantu siasatan dakwaan membabitkan IJM Corporation Bhd (IJM) berhubung skim pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 bilion.

Penilaian pembelajaran Tahun 4 dilaksana tahun ini, Tingkatan 3 bermula tahun depan - PM Anwar

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kerajaan akan memperkenal pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah melalui Matriks Pembelajaran Malaysia bermula dengan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pada 2027.

KKB Engineering raih enam kontrak bernilai RM80 juta, kukuhkan buku tempahan hingga 2027

KUALA LUMPUR 20 Jan – KKB Engineering Berhad melalui anak-anak syarikatnya memperoleh enam kontrak dengan nilai keseluruhan kira-kira RM80 juta daripada beberapa syarikat pembinaan dan kejuruteraan, sekali gus mengukuhkan buku tempahan kumpulan itu bagi tempoh sehingga 2027.

CAB Cakaran beli hartanah perindustrian di Kuantan bernilai RM2.8 juta

KUALA LUMPUR 20 JanCAB Cakaran Corporation Berhad mengambil alih sebuah bangunan industri satu tingkat dan pejabat dua tingkat di Kuantan, Pahang dengan pertimbangan tunai sebanyak RM2.8 juta.

Pelan Induk ECER 2.0 hasilkan pelaburan RM55 bilion, wujudkan 79,000 peluang kerja bagi tempoh 2018–2025

KUALA LUMPUR 20 Jan – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menamatkan Pelan Induk ECER 2.0 bagi tempoh 2018–2025 dengan prestasi pelaburan kukuh, pelaksanaan projek mengikut jadual, serta kemajuan sosioekonomi yang memberangsangkan.

 

JcbNext jual pegangan 9.45% dalam Nova Pharma bernilai RM5.21 juta kepada Southern Score

KUALA LUMPUR 20 JanJcbNext Berhad melupuskan keseluruhan pegangan 14.08 juta saham, atau 9.45% ekuiti, dalam Nova Pharma Solutions Berhad bagi pertimbangan tunai berjumlah RM5.21 juta.

MCMC siasat kesilapan terjemahan China Press berkaitan titah Agong - Fahmi

KUALA LUMPUR 20 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung isu kandungan dalam talian terbitan China Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parli

Subscribe to Terkini