MK Land lancar projek kediaman Eugenia, Lily di Ipoh | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MK Land lancar projek kediaman Eugenia, Lily di Ipoh

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi MK Land Wilayah Utara, Nazri Tumin dan Ketua Hartanah Wilayah Utara, Norida Abu Kassim.
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan – MK Land Holdings Berhad terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju hartanah pilihan di Perak dengan memperluaskan portfolio pembangunan hartanah menerusi projek kediaman Eugenia dan Lily, yang telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

 

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi MK Land Wilayah Utara Nazri Tumin dan Ketua Hartanah Wilayah Utara Norida Abu Kassim.

 

Eugenia dan Lily merupakan projek rumah teres dua tingkat yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pembeli rumah, kini dibuka untuk jualan umum. 

 

Sebelum ini MK Land telah melancarkan Perdana Centerpoint 3, sebuah pembangunan komersial strategik yang menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

 

Kesemua projek ini terletak dalam perbandaran MK Land di Ipoh-Chemor, kawasan yang mencatat permintaan kukuh daripada pembeli rumah dan pelabur.

 

Eugenia dibangunkan sebagai rumah teres dua tingkat praktikal dan moden, berfokus kepada keselesaan keluarga. Setiap unit dibina di atas tanah berukuran 22’ x 65’ dengan keluasan binaan sekitar 1,855 kaki persegi, lengkap dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air, sesuai untuk keluarga yang memerlukan ruang kediaman selesa dan berfungsi.

 

Reka bentuk Eugenia pula memfokuskan susun atur dalaman yang terancang, pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang baik.

 

Susun atur dua tingkat membolehkan keseimbangan antara ruang yang privasi, sesuai untuk keluarga pelbagai peringkat usia.

 

t

 

Terletak di Klebang Putra, Eugenia menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan harian termasuk pusat beli-belah, institusi pendidikan, kemudahan perbankan, serta rangkaian lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, menghubungkan kawasan ini ke pusat bandar Ipoh dan sekitarnya.

 

Dalam usaha pembangunan mampan, Eugenia dirancang sebagai komuniti berpagar yang menitikberatkan keselamatan dan ketenangan, serta disokong elemen landskap hijau untuk gaya hidup seimbang dan harmoni.

 

Lily pula direka khusus untuk pembeli rumah pertama dan keluarga muda. Setiap unit dibangunkan di atas tanah berukuran 20’ x 60’ dengan keluasan binaan 1,150 kaki persegi, lengkap dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air. 

 

Susun atur Lily memaksimakan penggunaan ruang bagi kehidupan harian keluarga kecil hingga sederhana.

 

Projek Lily ditawarkan pada harga bermula daripada RM250,000 dengan kelayakan 100% pembiayaan melalui Skim Rumah Perakku 3 dan Skim Jaminan Kredit Perumahan, memudahkan akses bagi pembeli rumah pertama. 

 

Lokasinya di Raia Perdana menawarkan kemudahan asas serta rangkaian jalan utama yang strategik.

 

Selain projek kediaman, MK Land memperkenalkan Perdana Centerpoint 3, pembangunan komersial terdiri daripada rumah kedai dua dan tiga tingkat. 

 

Setiap unit berukuran 24’ x 70’ (3,336 kaki persegi) dengan susun atur fleksibel untuk perniagaan runcit, pejabat profesional, perkhidmatan dan perniagaan makanan.

 

Kedudukan strategik berhadapan laluan utama Ipoh-Chemor-Kuala Kangsar serta kawasan kediaman matang seperti Meru Perdana 2 menjadikan projek ini berpotensi tinggi sebagai hab komersial baharu di koridor utara Ipoh.

 

t

 

 

t

 

Pembangunan ini turut disokong oleh pertumbuhan kawasan kediaman sekitar termasuk Eugenia, Lily, dan projek terdahulu MK Land, dijangka merangsang aktiviti perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi setempat.

 

Selain itu, projek Carissa sebelum ini juga telah dilancarkan, menawarkan rumah teres dua tingkat dengan keluasan 20’ x 65’ (1,651 kaki persegi), lengkap empat bilik tidur dan tiga bilik air, berhampiran Bandar Meru Raya dan Klebang Putra, dan menerima sambutan positif di kalangan pembeli.

 

Pelancaran Eugenia, Lily dan Perdana Centerpoint 3 mencerminkan komitmen MK Land terhadap pembangunan komuniti berkualiti, mampan dan berdaya huni, selaras dengan empat keutamaan syarikat: ekonomi, alam sekitar, pendidikan dan sosial.

 

Dari sudut ekonomi, projek ini merancakkan pertumbuhan setempat melalui peluang pekerjaan, peningkatan nilai hartanah dan premis perniagaan baharu. Dari sudut alam sekitar, elemen reka bentuk lestari seperti pencahayaan semula jadi, pengudaraan dan landskap hijau diberi penekanan.

 

Menurut Norida, projek-projek ini bukan sahaja moden dan praktikal, malah menyokong pertumbuhan komuniti setempat serta membina komuniti mampan untuk generasi kini dan akan datang.

 

Nazri pula berkata setiap projek MK Land di koridor utara Ipoh dibangunkan dengan prinsip pembangunan lestari, menyokong pembangunan perbandaran inklusif, berdaya tahan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

 

Sebagai pemaju yang bertapak lebih dua dekad di Perak, MK Land melihat Ipoh-Chemor sebagai zon pertumbuhan baharu berpotensi tinggi untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan. 

 

Pelancaran Eugenia, Lily dan Perdana Centerpoint 3 adalah kesinambungan strategi syarikat dalam menyediakan kediaman berkualiti serta pembangunan komersial yang menyokong pertumbuhan komuniti dan peluang pelaburan jangka panjang. - DagangNews.com