Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UMW Toyota Motor catat jualan 4,700 unit pada Januari 2026

KUALA LUMPUR 6 Feb – UMW Toyota Motor memulakan tahun 2026 dengan prestasi yang stabil apabila mencatat jualan 4,700 unit pada Januari, mencerminkan permintaan yang konsisten dalam pasaran automotif Malaysia yang semakin kompetitif ketika ini.

 

Bursa Malaysia arah Greentronics jelaskan aktiviti dagangan luar biasa

KUALA LUMPUR 6 Feb — Bursa Malaysia mengarahkan Greentronics Technology Bhd untuk memberi penjelasan berhubung aktiviti dagangan luar biasa yang berlaku pada Jumaat lalu, susulan kejatuhan mendadak harga sahamnya sehingga menghakis kira-kira 79% permodalan pasaran syarikat itu.

PLS Plantations bekerjasama dengan Nippon Paper Group dari Jepun bangunkan ladang Eucalyptus berskala besar

KUALA LUMPUR 6 Feb – PLS Plantations Berhad menjalin kerjasama strategik dengan Nippon Paper Group dari Jepun bagi meneroka pembangunan ladang eucalyptus berskala besar serta menjalankan penyelidikan teknikal berkaitan di Malaysia.

 

Asia OneHealthcare kumpulan hospital pertama jalin kerjasama akses penjagaan kesihatan MediExpress

KUALA LUMPUR 6 FebAsia OneHealthcare (A1Health) mencatat sejarah sebagai kumpulan hospital pertama yang menjalinkan kerjasama secara strategik dengan MediExpress (Malaysia) Sdn Bhd.

PNB belum buat keputusan tawaran Sunway ambil alih IJM, pertimbangan komersial jadi keutamaan

KUALA LUMPUR 6 Feb — Permodalan Nasional Bhd (PNB) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran pengambilalihan sukarela (voluntary general offer, VGO) oleh Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd, sebaliknya akan menilai tawaran tersebut berdasarkan pertimbangan komer

Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO Kumpulan berkuat kuasa 1 April 2026

KUALA LUMPUR 6 Feb – Bank Islam Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 1 April 2026.

 

Langkah Southern Score beli Nova Pharma bernilai RM5.2 juta diyakini tingkatkan margin - TA Securities

KUALA LUMPUR 6 FebSouthern Score Builders Berhad diyakini kekal optimis terhadap prospek jangka pendeknya, berikutan pengambilalihan 99.5% ekuiti dalam Nova Pharma Solution Berhad.

Farm Price rancang pindah ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Feb – Farm Price Holdings Berhad, syarikat pemborong dan pengedar sayur-sayuran segar serta produk makanan dan minuman (F&B) dari Johor, mengumumkan cadangan untuk memindahkan senarai saham dan waran mereka dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Penyakit sedia ada turut dilindungi bawah pelan asas MHIT – Dzulkefly

KUALA LUMPUR 6 Feb — Individu yang mempunyai penyakit sedia ada akan terus diberikan perlindungan di bawah Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

 

Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan ‘menyinggung' dan ‘menjengkelkan’ dalam Akta Komunikasi dan Multimedia tidak bercanggah Perlembagaan

KUALA LUMPUR 6 Feb — Mahkamah Persekutuan memutuskan perkataan 'menyinggung' dan 'menjengkelkan'  dalam Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) adalah sah digunakan.

Jangan guna simpanan KWSP untuk bayar premium insurans kesihatan - Galen Centre

KUALA LUMPUR 6 Feb - Galen Centre for Health and Social Policy menolak cadangan kerajaan untuk membenarkan simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi membayar Pelan Insurans/Takaful Perubatan Asas (Base MHIT).

 

TLDM bakal terima dua jenis peluru berpandu antikapal termasuk NSM dari Norway pada Mac 2026 - MINDEF

KUALA LUMPUR 6 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengoperasikan dua jenis surface to surface missiles (SSM) atau misil antipermukaan termasuk Naval Strike Missile (NSM) dari Norway yang akan diterima pada Mac ini.

Malaysia berpotensi menerima lebih banyak aliran masuk dana susulan penarafan Moody’s yang menjejaskan Indonesia - HLIB

KUALA LUMPUR 6 Feb – Malaysia mungkin akan menerima lebih banyak pelaburan asing ke pasaran sahamnya selepas Moody’s menurunkan prospek kredit Indonesia yang menambah tekanan selepas amaran awal daripada MSCI, kata Hong Leong Investment Bank.

 

Subscribe to Terkini