Tabung Haji saran pendeposit 18 tahun ke atas tukar kepada akaun dewasa elak gangguan perkhidmatan
KUALA LUMPUR 8 Mac - Lembaga Tabung Haji (TH) memberi peringatan akan keperluan bagi para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang akaun kanak-kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada akaun dewasa, sebelum 1 Mei 2022.












