Datasonic raih kontrak RM22.5 juta bekalkan dokumen keselamatan kepada JPN
KUALA LUMPUR 24 Mac - Datasonic Group Bhd memperoleh kontrak RM22.5 juta untuk mereka bentuk, mencetak, membekal dan menghantar pelbagai dokumen keselamatan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).













