PETALING JAYA 24 Mei - Sebuah hotel bertaraf 5-bintang, New World Hotel Petaling Jaya bakal dikenali sebagai Le Méridien Petaling Jaya bermula 1 Jun 2022.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Platform penstriman video atas permintaan terkemuka, iQiyi mededahkan bahawa pelanggannya meningkat 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun.
GEORGETOWN 24 MEI - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) akan meneruskan program MYHackathon Edisi 2022 yang bakal dilancarkan pada Jun 2022.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Pekat Group Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM4.4 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 (Q1), susut 2.2% daripada RM4.5 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang kakitangan kerajaan dari Tambunan, Sabah telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y. sekali gus membawa pulang sebuah Vespa Primavera 150 baharu.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Meskipun kadar inflasi bagi April dijangka meningkat ekoran kenaikan harga barang, ia masih dilihat rendah dan mampu dikawal kerajaan disebabkan adanya bantuan subsidi yang meluas oleh kerajaan.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Penawaran dan permintaan tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi hingga menyebabkan masa perjalanan lebih lama, menjadi antara dua faktor utama menyumbang kepada lonjakan kadar tambang e-hailing.
KUALA LUMPUR 24 Mei - KNM Group Bhd. bercadang melupuskan keseluruhan pegangan dalam Borsig GmbH kepada GPR Siebzigste Verwaltungsgesellschaft mbH (GSV) bernilai 220.8 juta euro (RM1.03 bilion).
KUALA LUMPUR 24 Mei - Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad yang baharu menerusi rombakan yang diadakan di dalam syarikat itu.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Pestech International Berhad memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hydrogene De France SA (HDF Energy) bagi pengeluaran hidrogen hijau daripada kilang tenaga hidro di Kemboja dan Malaysia.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Untung bersih Sime Darby Bhd. susut 18.67% pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2022 (Q3) kepada RM244 juta, berbanding RM300 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun kewangan 2021.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan program kaji selidik keberkesanan agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa secara dalam talian.
KUALA LUMPUR 24 Mei - Malaysia akan menjadi antara ekonomi yang mendapat kelebihan daripada harga komoditi yang tinggi dan membayar harga yang lebih rendah dari segi inflasi kerana ia mengeksport pengeluaran domestik, menurut laporan Moody's Analytics.