Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TNB–Telekom Malaysia perluas rumusan tenaga hijau, infrastruktur digital demi manfaat pelanggan

KUALA LUMPUR 16 MacTenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) mengukuh kerjasama strategik bagi memperluas rumusan tenaga hijau yang saling berhubung di seluruh negara.

Program MM2H mendapat perhatian rakyat negara Teluk kerana Malaysia lebih selamat, neutral secara geopolitik - Penganalisis

KUALA LUMPUR 16 Mac – Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) semakin mendapat minat yang tinggi daripada warga negara-negara Teluk, kata Presiden Persatuan Perunding MM2H, Anthony Liew.

 

NexG tegaskan operasi kekal stabil, perkukuh tadbir urus dan alu-alukan kehadiran pemegang saham strategik Bumiputera jangka panjang

KUALA LUMPUR 13 Mac – NexG Berhad menegaskan bahawa kepimpinan, operasi dan hala tuju strategiknya kekal stabil di samping mengalu-alukan kemasukan pemegang saham strategik Bumiputera jangka panjang yang akan memperkukuh asas pemegang saham syarikat itu.

 

Stok arang batu cukup untuk dua bulan, Malayan Cement dijangka naikkan harga jualan tampung kenaikan kos - RHB Research

KUALA LUMPUR 16 Mac – Malayan Cement Berhad dijangka menaikkan sedikit harga jualan bagi menampung kos operasi yang meningkat untuk membolehkannya bertahan menghadapi perubahan harga arang batu dan bahan mentah lain ketika ini, kata RHB Research.

 

Bekalan gas negara stabil, mencukupi tampung operasi loji jana kuasa bekalan elektrik – Fadillah

KUALA LUMPUR 16 Mac – Bekalan gas negara ketika ini berada pada tahap stabil dan mencukupi bagi menyokong operasi loji janakuasa sekali gus memastikan sistem bekalan elektrik negara kekal selamat.

 

Penganalisis positif kerjasama Eco World–JLand bangunkan projek di Johor dan Australia dengan GDV RM2.4 bilion

KUALA LUMPUR 16 Mac – Langkah Eco World Development Group Berhad menjalin kerjasama strategik dengan JLand Group Berhad dilihat mampu memperkukuh kedudukan syarikat itu, menurut penganalisis.

Penurunan Indeks KL REIT buka peluang belian, MBSB Research naik taraf sektor kepada ‘positif’

KUALA LUMPUR 16 Mac – Penurunan terkini Indeks Amanah Pelaburan Hartanah Kuala Lumpur (KL REIT Index) dilihat sebagai peluang yang menarik kepada pelabur, menurut MBSB Research dalam notanya.

Permintaan kukuh lelongan bon Sekuriti Kerajaan Malaysia 3, nisbah bidaan cecah 2.22 kali - Maybank IB

KUALA LUMPUR 16 Mac – Lelongan terbitan baharu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) tempoh matang tiga tahun hari ini mencatat permintaan yang kukuh dengan nisbah bidaan kepada tawaran sebanyak 2.218 kali bagi saiz terbitan yang dijangka sekitar RM5 bilion.

 

Sektor teknologi dijangka melonjak melebihi 30% pada FY26 dikuasai permintaan AI, semikonduktor global – RHB Research

KUALA LUMPUR 16 Mac – Sektor teknologi Malaysia dijangka terus mencatat prestasi positif pada tahun kewangan 2026 dengan momentum pertumbuhan mengatasi kebimbangan berkaitan pertukaran mata wang, kata RHB Research.

 

Jika Sunway tidak jadi ambil alih, IJM tetap miliki nilai tersendiri termasuk pelan penyenaraian segmen pembinaan

KUALA LUMPUR 16 Mac - Sekiranya tawaran pengambilalihan Sunway Berhad tidak diteruskan, IJM Corporation Berhad masih berpluang membuktikan kemampuan membuka sendiri nilai syarikat atau stand-alone value melalui langkah-langkah transformasi yang telah diumumkan s

Sektor pembinaan kekal positif disokong projek pusat data dan infrastruktur - BIMB Securities

KUALA LUMPUR 16 Mac – Prospek industri pembinaan negara dijangka kekal positif dalam tempoh terdekat, disokong oleh buku pesanan yang kukuh serta aliran projek infrastruktur dan pembangunan pusat data (DC) yang stabil, walaupun prestasi pendapatan dalam kalangan kontraktor menunj

Firma MKE Turkiye yakin meriam Boran 105mm jadi pilihan Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Mac - Sistem artileri MKE Boran 105mm howitzer buatan Türkiye dilihat sebagai calon paling kukuh untuk dipilih bagi pembelian meriam baharu Tentera Darat Malaysia.

 

Pelabur asing kembali jual ekuiti RM725.6 juta di Bursa Malaysia minggu lalu, kata MBSB Research

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelabur asing kembali menjual ekuiti di Bursa Malaysia selepas seminggu sebagai pembeli, dengan mencatatkan aliran keluar bersih RM725.6 juta, kata MBSB Research.

Subscribe to Terkini