Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malacca Securities menilai harga saham Fibromat yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 70 sen

KUALA LUMPUR 18 April - Malacca Securities memberikan nilai wajar kepada syarikat rumusan geoteknikal dan kejuruteraan pakar, Fibromat (M) Berhad pada 70 sen sesaham.

 

Phillip Capital potong unjuran pendapatan SkyWorld sehingga 3% bagi FY26-FY27

KUALA LUMPUR 18 April - Phillip Capital menyemak turun unjuran pendapatan Skyworld Development Bhd antara 2% hingga 3% bagi FY26-FY27 selepas mengambil kira kos faedah yang meningkat daripada pembelian tanah seluas 1.22 hektar di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada harga RM110 juta.

Pendapatan MNH diramal naik selepas buku pesanan capai rekod baharu RM1.1 bilion - HLIB

KUALA LUMPUR 18 April — Pendapatan MN Holdings Bhd (MNH) diramal naik selepas buku pesanannya melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah syarikat itu sebanyak RM1.1 billion, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB). 

Larangan guna beg plastik dikuatkuasakan di Hutan Simpan, Tapak Warisan selain pasar raya, restoran makanan, stesen minyak

PUTRAJAYA 18 April (Bernama) - Penggunaan beg plastik jinjit sekali guna di hutan simpan, taman negara dan taman negeri, taman laut, tapak warisan geologi serta geotapak di seluruh negara adalah dilarang sebagai langkah proaktif mengurangkan pencemaran plastik di negara ini.

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.4% pada suku pertama 2025 disokong permintaan domestik berdaya tahan - DOSM

KUALA LUMPUR 18 April - Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.4% pada suku pertama 2025 disokong asas permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

 

Hartanah perindustrian, logistik dipercayai bakal menyokong prospek CapitaLand, kata penganalisis

KUALA LUMPUR 18 April — Kemasukan lebih banyak hartanah perindustrian dan logistik dijangka meningkatkan prospek dan mengukuhkan portfolio CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) susulan semakan kadar sewa, konsep runcit baharu serta campuran penyewa yang lebih baik.

Permintaan lemah segmen E&E jejas pendapatan HPP Holdings pada FY25, kata Kenanga

KUALA LUMPUR 18 April - Kenanga Research mengurangkan unjuran pendapatan HPP Holdings Bhd sebanyak 39% bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2025 (FY25), berikutan permintaan yang lebih lemah daripada segmen barangan elektrik dan elektronik pengguna (E&E) serta kos input y

Ancom Nylex diunjur catat pendapatan kukuh dipacu kos pengangkutan rendah - HLIB

KUALA LUMPUR 18 April — Pendapatan Ancom Nylex Berhad pada tiga bulan berikutnya dijangka mendapat manfaat daripada penurunan berterusan dalam kos pengangkutan antarabangsa pada suku keempat tahun kewangan 2025 (4QFY25), kata HLIB Research.

Trump's Tariffs: Malaysia's Moment? Schutte on ASEAN's Strategic Play

KUALA LUMPUR 18 April - When the United States, under President Trump, started putting ta

World economy likely to avoid recession despite tariffs: IMF chief

WASHINGTON 18 April (AFP) - The global economy is likely to avoid a recession despite the hit to growth from US President Donald Trump's tariff rollout, the head of the International Monetary Fund said Thursday.

 

Tekanan Tarif Trump, pembuat kereta China dijangka alih fokus ke Malaysia, Asia Tenggara - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 18 April - Pengeluar kenderaan dan pembekal alat ganti dari China diyakini dijangka mengalihkan fokus perniagaan ke rantau yang mesra tarif seperti Asia Tenggara, dengan Malaysia berpotensi menjadi penerima manfaat utama, selepas berdepan kadar tarif yang tinggi di A

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

KUALA LUMPUR 18 April — Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis.

Tengku Zafrul bertemu Wakil Perdagangan AS, pegawai di Washington pada 24 April 2025

KUALA LUMPUR 17 April (Bernama) - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadualkan bertemu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain yang berkaitan di Washington pada 24 April, untuk membincangkan tarif ba

Subscribe to Terkini