Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Econpile peroleh subkontrak RM35.8 juta bagi kerja-kerja cerucuk, substruktur di Jalan Ampang

KUALA LUMPUR 18 April - Econpile Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya,  Econpile (M) Sdn Bhd memperoleh subkontrak RM35.8 juta daripada R&C Cergas Teguh Sdn Bhd bagi  kerja-kerja cerucuk dan substruktur unit SOHO dan SOVO di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

 

AmInvestment turunkan penarafan sektor teknologi berpunca ketidaktentuan dasar Tarif Trump

KUALA LUMPUR 18 April — Sektor teknologi Malaysia diturunkan taraf oleh AmInvestment Bank yang turut membuat penetapan semula dalam jangkaan, susulan kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dijangka lebih luas dan keras berbanding ramalan.

Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit kepada Petros

KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) - Seorang bekas pengurus di Petronas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba mendedahkan dokumen sulit berkaitan prestasi operasi dan kewangan syarikat minyak nasional itu kepada Syarikat Petroleum Sarawak (P

Pendapatan Hap Seng Plantations pada FY25 diunjur naik 7.1% dipacu peningkatan pengeluaran buah tandan segar

KUALA LUMPUR 18 April - Pendapatan Hap Seng Plantations Bhd pada tahun kewangan 2025 (FY25) diunjur meningkat sebanyak 7.1% dipacu pengeluaran hasil buah tandan segar (BTS) yang lebih baik serta harga minyak sawit mentah (MSM) lebih tinggi, kata UOB Kay Hian Research (UOBKH Resea

ASEAN tolak sebarang bentuk tarif dikenakan secara unilateral - PM Anwar

BANGKOK 18 April (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.

 

YTL dapat kontrak projek gentian optik sepanjang 1,600km laluan kereta api

KUALA LUMPUR 18 April — YTL Communications Sdn Bhd dianugerahkan kontrak pembangunan infrastruktur gentian optik sepanjang laluan kereta api Padang Besar-Johor Bahru dan Johor Bahru-Tumpat daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
 

Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius - Anwar

BANGKOK 18 April (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu kesilapan menyiarkan imej Jalur Gemilang yang tidak lengkap, tidak boleh dipandang ringan kerana bendera adalah simbol kedaulatan dan maruah negara.

 

Perdagangan Malaysia pada Mac 2025 meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion - MITI

KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) — Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan

Permohonan Petronas tangguh kes saman oleh Petros didengar pada 23 April 2025

KUALA LUMPUR 18 April - Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan 23 April untuk mendengar permohonan Petronas yang mahu menangguhkan perbicaraan kes saman yang difailkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) terhadap syarikat minyak dan gas negara itu tahun lepas.

 

Tangguhkan perubahan dasar bagi melindungi perniagaan - SERC

KUALA LUMPUR 18 April - Permintaan domestik Malaysia mungkin terjejas sekiranya berlaku kelembapan mendadak dalam eksport akibat perang tarif yang sedang berlangsung.

 

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan terus ke Brisbane selepas dua tahun berehat

KUALA LUMPUR 18 April — Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Brisbane mulai 29 November 2025, selepas berehat selama dua tahun.

ALTEL Digital bantu mengukuhkan kesalinghubungan angkasa Malaysia, pacu kemajuan negara - Fahmi

KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) - Malaysia sedang memperkukuh penglibatannya dalam teknologi dan komunikasi angkasa khususnya melalui pelaksanaan satelit Orbit rendah Bumi (LEO), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

 

SP Setia diyakini capai sasaran jualan RM4.8 bilion pada FY25, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 18 April — SP Setia Berhad berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan bagi tahun kewangan 2025 (FY25), susulan pelbagai tawaran projek taman perindustrian dan perbandarannya, kata Maybank Investment Bank Research (Maybank IB).

Subscribe to Terkini