KUALA LUMPUR 20 Julai – KYM Holdings Berhad merancang pengurangan modal saham terbitannya sebanyak RM97 juta bagi menghapuskan kerugian terkumpul serta mengukuhkan kedudukan kewangan.
KUALA LUMPUR 20 Julai – Velesto Energy Berhad (VEB) mengumumkan penamatan kontrak penyediaan perkhidmatan pelantar penggerudian jenis ‘jack-up’ bagi PC Ketapang II Ltd, PC North Madura II Ltd dan PETRONAS North Ketapang Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR 20 Julai – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah lebih besar daripada mana-mana projek atau individu tertentu dan Johor bertekad untuk melindungi kredibiliti zon berkenaan.
KUALA LUMPUR 20 Julai – CPE Technology Berhad memperkukuh rancangan pengembangan perniagaan dengan melabur RM34.52 juta untuk memperoleh 118 mesin kawalan numerik berkomputer (CNC) baharu.
KUALA LUMPUR 20 Julai - AirBorneo akan dibangunkan secara organik sebagai syarikat penerbangan strategik milik Sarawak bagi menyokong pembangunan ekonomi negeri dengan aspirasi menjadi pemangkin transformasi seperti yang dicapai syarikat penerbangan Emirates di Dubai.
KUALA LUMPUR 20 Julai – Mi Technovation Berhad (MiTB) bercadang memberikan saham anak syarikatnya, Mi Material Holding Pte Ltd secara percuma kepada pemegang saham sedia ada sebelum perniagaan bahan semikonduktornya itu disenaraikan di Bursa Singapura (SGX-ST).
KUALA LUMPUR 20 Julai – Pemegang saham Eonmetall Group Berhad sebulat suara meluluskan cadangan pelupusan dua lot tanah perindustrian pegangan bebas di Kapar, Klang, Selangor bernilai RM273.3 juta.
KUALA LUMPUR 20 Julai – Pusat data di Malaysia dianggarkan memerlukan pembiayaan lebih AS$20 bilion (AS$1=RM4.09) bagi pembinaan struktur asas dan penyediaan peralatan sepanjang tiga tahun akan datang, berdasarkan anggaran penambahan kapasiti sekitar dua gigawatt (GW), menurut S&
KUALA LUMPUR 20 Julai - Makamah Sesyen di sini hari ini diberitahu sebanyak RM8 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank 30 Maple Sdn. Bhd. menerusi dua transaksi daripada akaun bank FashionValet Sdn. Bhd. lapan tahun lalu.
KUALA LUMPUR 20 Julai – Marriott International Inc memperluaskan rangkaian hotelnya di Malaysia menerusi perjanjian dengan Iconic Group untuk memperkenalkan Courtyard by Marriott Penang Icon City di Bukit Mertajam.
KUALA LUMPUR 20 Julai – Projek bukan kediaman dijangka terus menyumbang positif lebih 70% daripada keseluruhan kontrak pembinaan pada tempoh separuh kedua 2026 (2H26), menurut analisis RHB Research.
KUALA LUMPUR 20 Julai - Westports Holdings Bhd dijangka mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah pada 2026, disokong pertumbuhan jumlah pengendalian kontena, penggunaan kawasan simpanan (yard) yang kembali normal serta pelaksanaan kenaikan tarif, kata CIMB Securities.