Projek kediaman Nova Fasa 1 bernilai RM154 juta dibangunkan IJM Land di S2 Heights Seremban catat 80% tempahan
KUALA LUMPUR 21 Julai – Projek kediaman lereng bukit Nova oleh IJM Land Bhd di Seremban 2 Heights (S2 Heights), Negeri Sembilan mencatat sambutan positif apabila Fasa 1 merekodkan kadar tempahan sebanyak 80%, manakala Fasa 2 mencapai 70% setakat ini.













