SEGAMAT 8 Sept - Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000, susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah itu bermula 24 hingga 30 Ogos lepas.
KUALA LUMPUR 8 Sept - Isteri kepada pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM67.1 juta.
KUALA LUMPUR 8 Sept - Tune Protect Group Berhad mempamerkan prestasi menggalakkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan harga saham meningkat 27% dalam sebulan terakhir.
KUALA LUMPUR 8 Sept - Ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Abu Sahid Mohamed daripada Maju Group telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berjumlah RM313 juta yang berkaitan dengan projek lebuh raya yang dicadangkan.
KUALA LUMPUR 8 Sept - Ketika Malaysia berhasrat untuk memimpin dalam transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI), aspirasi itu mesti berpandukan nilai moral yang kukuh dan pemahaman mendalam terhadap sejarah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.