Pelaksanaan e-Invois catat lebih satu bilion urus niaga, libatkan 200,000 pembayar cukai – LHDN
KUALA LUMPUR 11 Feb - Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).






