Syarikat MEP raih manfaat lonjakan projek pusat data, nilai saham berganda – JP Morgan
KUALA LUMPUR 25 Nov – Syarikat berkaitan mekanikal, elektrik dan perpaipan (MEP) terus menikmati lonjakan permintaan susulan pertumbuhan pesat pembangunan pusat data di Malaysia, dengan saham berkaitan industri ini dilapor berganda nilainya sejak tahun lalu.






