BNM denda Bank Rakyat RM1 juta kerana isu keselamatan siber, gagal lindungi maklumat pelanggan
KUALA LUMPUR 1 April - Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026.






