Harga ayam dan beras hanya RM10 menanti pengunjung sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah
ALOR SETAR 30 Ogos - Pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berlangsung pada 2 hingga 4 September ini berpeluang menikmati pembelian seekor ayam dan beras lima kilogram (5 kg) dengan harga lebih murah iaitu pada kadar RM10 sahaja.













