PUTRAJAYA 16 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti dakwaan ditularkan menerusi media sosial.
PADANG BESAR 15 Mac - Perlis Inland Port (PIP) dijangka akan menyumbang sebanyak RM2.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Perlis dan mewujudkan sebanyak 500 peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat negeri itu menjelang 2030.
KUALA LUMPUR 15 Mac - Peningkatan harga arang batu telah menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 45 peratus, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassani.
KUALA LUMPUR 15 Mac - Yayasan AirAsia menjemput organiasi berkelayakan untuk memohon geran bantuan bagi pemulihan kawasan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara pada Disember 2021 bersempena dengan ulang tahun ke-10 yayasan itu.
KUALA LUMPUR 15 Mac - MNRB Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysian Re) menerbitkan Nota Jangka Sederhana Subordinat (MTN) bernilai RM50 juta.