Unit MNRB terbit nota jangka sederhana bernilai RM50 juta  | DagangNews Skip to main content

Unit MNRB terbit nota jangka sederhana bernilai RM50 juta 

KUALA LUMPUR 15 Mac - MNRB Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysian Re) menerbitkan Nota Jangka Sederhana Subordinat (MTN) bernilai RM50 juta. 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, MRB berkata, terbitan itu adalah di bawah Program Subordinat MTN. 

 

Katanya, terbitan tersebut telah dilanggan sepenuhnya oleh MNRB.

 

"Hasil terbitan ini akan digunakan oleh Malaysian Re sebagai modal kerja untuk mengukuhkan lagi asas modal berikutan pertumbuhan besar Premium Kasarnya dalam tempoh 9 bulan lalu.

 

"Ia juga bagi menyokong rancangan Pengubahsuaian Perniagaannya, terutama untuk meneruskan pengembangan portfolio perniagaan antarabangsa," katanya.

 

MTN Subordinat tersebut akan layak sebagai modal Tahap 2 di bawah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko Bank Negara Malaysia untuk Penanggung Insurans.

 

Terbitan itu bagi jangka masa selama 8 tahun dengan tempoh non-callable selama 5 tahun. Kadar pulangan pula ialah 4.38% setahun.

 

Dalam penutupan petang ini, harga saham MNRB menokok 0.05 sen atau 0.51% kepada 99.5 sen dengan 28,100
saham diniagakan. - DagangNews.com