| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih Hartalega bagi FY22 melonjak 11.8% kepada RM3.23 bilion

KUALA LUMPUR 10 Mei - Keuntungan bersih Hartalega Holdings Berhad untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 melonjak 11.8% kepada RM3.23 bilion berbanding RM2.8 bilion tahun lalu didorong oleh pendapatan yang tinggi.

 

Subway sasar buka 500 cawangan dalam tempoh 10 tahun di seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Mei - Subway hari ini mengumumkan perjanjian francais induk baharu dengan Pegacorn Sdn Bhd untuk mengembangkan jenama itu dengan membuka 500 lagi cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

 

Buat temu janji untuk berurusan di Tabung Haji bermula 10 Mei 2022

KUALA LUMPUR 10 Mei – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan semua pendeposit yang ingin berurusan di kaunter TH boleh membuat janji temu sebelum hadir di mana-mana 123 pejabat cawangan TH seluruh negara bermula 10 Mei 2022.

 

COE Distributing berhasrat gandakan import produk dari Malaysia kepada RM252 juta

WASHINGTON 10 Mei - COE Distributing Inc., pengedar borong terbesar perabot di Amerika Syarikat (AS), berhasrat menggandakan import produk dari Malaysia kepada RM252 juta bagi tempoh dua hingga tiga tahun lagi berbanding RM126 juta pada masa ini.

 

CIMB Private Banking terima pengiktirafan Asiamoney selama 3 tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR 10 Mei - CIMB Private Banking telah dianugerahkan sebagai Bank Persendirian Domestik Terbaik dan Kemewahan Massa/HNW Terbaik di Malaysia sempena Anugerah Perbankan Persendirian Asiamoney Asia 2022.

 

Isu kelewatan penerbangan: AirAsia akan beri penjelasan dalam masa 24 jam - Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR 10 Mei - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia akan memberi maklum balas lengkap terhadap isu kelewatan penerbangan dalam tempoh 24 jam, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.