HLIB henti liputan, penarafan terhadap MMHE akibat minat pelabur merosot
KUALA LUMPUR 23 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research hari ini menghentikan liputan dan penarafannya ke atas Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Holdings Berhad disebabkan pengagihan semula sumber dalaman dan kekurangan minat pelabur terhadap syarikat.






