Buku Jalanan Chow Kit menangi geran bernilai RM115,033 daripada Dana Kesan Sosial Kumpulan Allianz 2022
KUALA LUMPUR 14 Julai - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) yang bekerjasama dengan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sejak 2019 telah memenangi geran 25,000 euro (RM115,033) daripada inisiatif Dana Kesan Sosial Kumpulan Allianz 2022.






