KUALA LUMPUR 14 Julai - Bagi membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat, Boost mengukuhkan sokongannya kepada rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50% bagi pembelian barangan runcit, termasuk telur dan ayam, sepanjang bulan Julai 2022 pasaraya terpilih.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, pihaknya sedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.
"Bantuan #BoostUntukRakyat adalah inisiatif berterusan, dan kami ingin mendengar pandangan rakyat mengenai sokongan-sokongan lain dari Boost yang diperlukan bagi meringankan beban kewangan masyarakat.
"Kami menggalakkan rakyat untuk berkongsi cadangan dan kami akan berusaha untuk terus menambah baik sokongan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie pula berkata, ramai rakyat Malaysia sedang menghadapi kesusahan menampung kos sara hidup dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh kenaikan harga barangan keperluan.
"Kami berharap subsidi 50% baharu kami untuk pembelian barangan runcit akan membolehkan rakyat untuk lebih berjimat apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan di pasaraya rakan niaga kami di seluruh Malaysia, di Timur dan Barat," katanya.
Sepanjang Julai, rakyat Malaysia boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit #BoostUntukRakyat bagi pembelian barang runcit di dalam BoostUP Rewards Catalogue dengan menggunakan hanya 4,000 Boost Stars untuk diskaun 50% daripada 8,000 Boost Stars asal.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut menggunakan kombinasi RM4.75 dan 200 Boost Star menerusi fungsi FlexiRedeem, untuk penjimatan RM5 atau diskaun 50%. FlexiRedeem memberi pengguna Boost fleksibiliti unik untuk menebus ganjaran menggunakan Boost Star dan tunai.
Untuk menebus RM10 Partner Wallet kredit, pengguna boleh mengunjungi bahagian FlexiRedeem di BoostUP Rewards Catalogue dalam aplikasi Boost.
Selepas membuat pilihan, klik butang ‘Redeem Reward’ (Tebus Ganjaran) untuk menyesuaikan kombinasi pilihan antara tunai dan Boost Star yang diperlukan, kemudian klik ‘Redeem Now’ (Tebus Sekarang) di halaman ‘My Rewards’ (Ganjaran Saya) dan masukkan kod penebusan untuk menyempurnakan proses.

Selepas penebusan disempurnakan, RM10 Partner Wallet kredit adalah sah selama 30 hari dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan. Kredit yang ditebus boleh disemak di halaman ‘My Partner Wallets’ (Partner Wallet Saya).
Partner Wallet kredit akan digunakan secara automatik apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan harian daripada pasaraya rakan niaga, termasuk Lotus’s, Giant, Mydin, Aeon BiG, Village Grocer dan sebagainya di Semenanjung Malaysia, dan juga Bataras, Boulevard Sabah, Borneo Supermart, dan lain-lain di Malaysia Timur. - DagangNews.com








