Kerajaan buka permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 kepada penggiat industri
KUALA LUMPUR 27 Mac - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui agensi pelaksana iaitu Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) membuka permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 bermula 23 Mac dan akan ditutup secara berperingkat.






