E.A. Technique mulakan prosiding timbang tara pertikaian pajakan kapal terhadap unit Petronas Carigali
KUALA LUMPUR 28 Jun - Penyedia perkhidmatan kapal tangki minyak dan perkhidmatan pelabuhan, E.A. Technique (M) Berhad sudah memulakan prosiding timbang tara terhadap unit milik penuh Petronas Carigali Sdn. Bhd. iaitu Vestigo Petroleum Sdn. Bhd.






