Model facelift Honda City baharu dilancar di Malaysia harga bermula RM84,900
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Honda Malaysia Sdn Bhd melancarkan model City baharu dengan lima varian, termasuk RS menampilkan bahagian luaran yang lebih garang dan ciri-ciri terkini, dengan harga bermula RM84,900 hingga RM111,900.






