Astro failkan tuntutan sivil terhadap dua premis makanan tayang kandungan cetak rompak
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Astro Malaysia Holdings Bhd memfailkan tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap dua premis makanan setelah mendapatkan bukti penstriman dan tayangan kandungan Astro yang dicetak rompak kepada para pelanggannya di premis berkenaan.






