| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MUI Properties jual tanah Springhill kepada Gamuda dengan harga RM424.4 juta

KUALA LUMPUR 31 Dis - MUI Properties Bhd menjual tanahnya di Taman Perindustrian Springhill kepada Gamuda Bhd dengan harga RM424.4 juta.

 

Perdagangan luar dijangka terus berkembang pada 2025, eksport Malaysia diunjur meningkat kepada 4.9% - MIDF Research

KUALA LUMPUR 31 Dis - Landskap perdagangan dan pelaburan mampu berdaya tahan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, perdagangan luar dijangka terus berkembang tahun depan, dengan eksport dan import masing-masing meningkat kepada 4.9% dan 4.5%, kata MIDF Research. 

Syarikat pembekal katering jadi majikan pertama disita aset setelah gagal bayar tunggakan Perkeso RM19,765.20

KUALA LUMPUR 31 Dis - Sebuah syarikat pembekal katering menjadi majikan pertama di Malaysia disita asetnya, selepas gagal menyelesaikan tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM19,765.20.

 

Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timbalan Presiden berkuat kuasa 2 Januari 2025

KUALA LUMPUR 31 Dis - Sunway Group melantik Datuk Mohd Anuar Taib sebagai Timbalan Presiden baharu berkuat kuasa 2 Januari 2025.

 

Beliau akan memantau perniagaan teras kumpulan termasuk Sunway Property, Sunway Malls dan Sunway Healthcare.

 

Sektor teknologi diyakini tarik minat tinggi pelabur pada 2025 - penganalisis industri

KUALA LUMPUR 31 Dis - Sektor teknologi dijangka menarik minat pelabur pada 2025 disokong oleh penilaian yang lebih menarik. 

 

MAHB capai penyelesaian dengan KAFS berkaitan tuntutan ganti rugi RM456 juta

KUALA LUMPUR 31 Dis - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mencapai persetujuan dengan Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd (KAFS) melalui proses timbang tara, berhubung satu pertikaian membabitkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM456 juta oleh KAFS.