| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UMW Toyota melepasi rekod 100,000 unit jualan buat tahun ketiga berturut-turut

KUALA LUMPUR 7 Jan - UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menutup tahun 2024 dengan momentum jualan yang kukuh, merekodkan lebih 12,800 unit terjual pada Disember 2024, menjadikan jumlah keseluruhan unit terjual melebihi 102,300 unit.

 

Pos Malaysia lantik Natalia sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia baharu berkuat kuasa 2 Januari 2025

KUALA LUMPUR 7 Jan - Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), mengumumkan pelantikan Natalia Ahmed Shukri Navin sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan baharu berkuatkuasa 2 Januari 2025. 

 

MCMC terima 4,699 permohonan turunkan kandungan judi dalam talian, penipuan sejak 1 Januari 2025 - Fahmi

KUALA LUMPUR 7 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima sebanyak 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan melibatkan perjudian dalam talian dan penipuan sejak 1 Januari 2025, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

 

EA Technique, Vestigo Petroleum capai persefahaman mengenai pengaturan kontrak lalu 

KUALA LUMPUR 7 Jan - Syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, EA Technique (M) Bhd mencapai persefahaman dengan Vestigo Petroleum Sdn Bhd (VPSB) mengenai perkara yang berkaitan dengan pengaturan kontrak yang lalu.

 

Projek HSR boleh dihidupkan semula dengan penyertaan sepenuhnya sektor swasta - PM Anwar

KUALA LUMPUR 7 Jan - Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura boleh dihidupkan semula sekiranya terdapat penyertaan sepenuhnya daripada sektor swasta, dengan penglibatan kerajaan yang sangat minimum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Infomina terima kontrak RM22.35 juta daripada JPJ, sedia perkhidmatan penyelenggaran sistem AwAS

KUALA LUMPUR 7 Jan - Infomina Bhd menerima kontrak bernilai RM22.35 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan untuk Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).