Alpha IVF perkukuh kehadiran di China menerusi pembukaan pejabat jualan kedua di Guangzhou
KUALA LUMPUR 7 Jan - Pakar penjagaan kesuburan terkemuka, Alpha IVF Group Berhad (Alpha IVF) memulakan operasi pejabat wakil jualan kedua di Guangzhou, wilayah Guangdong, China, selepas kejayaan membuka pejabat jualan pertama di Shanghai pada 4 September tahun lalu.





