| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengambilalihan MASwings selesai, Sarawak kini miliki syarikat penerbangan sendiri

KUALA LUMPUR 13 Jan - Sarawak telah selesai mengambil alih MASwings Sdn Bhd (MASwings), membuka laluan bagi negeri itu untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

 

Eden Inc bangunkan loji solar 29.99MW di Kuantan

KUALA LUMPUR 13 Jan - Eden Inc Bhd menerusi Daya Cipta Sdn Bhd menerima surat pemberitahuan (LoN) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk pembangunan loji solar fotovoltaik (LSS) berskala besar 29.99MW di tapak milik syarikat itu di Gebeng, Kuantan, Pahang.

 

Anak TPM, Nurul Hidayah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah UPM

KUALA LUMPUR 13 Jan - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah, dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Ringgit diunjur RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025 - BMI

KUALA LUMPUR 13 Jan - BMI, unit penyelidikan Fitch Solutions menurunkan unjuran prestasi ringgit menjelang akhir 2025 pada RM4.40 setiap dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.50. 

 

Jualan borong, runcit capai jualan RM149.3 bilion pada November 2024, peningkatan 4.7% - DOSM

KUALA LUMPUR 13 Jan - Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 4.7% tahun ke tahun untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

KDNK Malaysia diramal kekal stabil pada 5% dipacu oleh perbelanjaan pengguna kukuh - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 13 Jan - Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada 2025 sebanyak 5%, selaras dengan sasaran kerajaan sebanyak 4.5% hingga 5.5%, menurut CIMB Securities.