| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MNRB lantik Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi sebagai Presiden & CEO Takaful Ikhlas Family

KUALA LUMPUR 13 Jan – MNRB Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif baharu anak syarikat takaful keluarganya, Takaful Ikhlas Family Berhad, berkuat kuasa 14 Januari 2025.

 

Hextar Healthcare lupus dua lot tanah berharga RM11.9 juta di Kinta bagi tingkatkan modal kerja

KUALA LUMPUR 13 Jan - Hextar Healthcare Bhd menerusi Rubberex Alliance Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama Jutanaga Sdn Bhd bagi melupuskan dua lot tanah industri berkeluasan 12,839 meter persegi di Sungai Terap, Kinta, Perak pada harga RM11.9 juta.

 

Perkembangan hartanah di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Malaysia Timur pacu pertumbuhan pasaran - Knight Frank

KUALA LUMPUR 13 Jan - Perkembangan hartanah di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Malaysia Timur memacu pasaran sektor itu disokong oleh pelaburan strategik yang meningkatkan permintaan berterusan, kata Knight Frank Malaysia.

Gamuda peroleh kontrak RM8.3 bilion bagi pakej pertama projek LRT Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 13 Jan - Gamuda menerusi SRS Consortium Sdn Bhd, memperoleh pakej kerja awam pertama projek LRT Pulau Pinang Laluan Mutiara bernilai RM8.3 bilion.

 

Projek itu dianugerahkan oleh MRT Mutiara Sdn Bhd, anak syarikat MRT Corporation Sdn Bhd. 

Maxis bentuk kerjasama dengan UMT dan UTHM, sokong pembangunan bakat muda

KUALA LUMPUR 13 Jan - Maxis menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang secara keseluruhannya melibatkan lebih 30,000 pelajar, dalam usaha membentuk bakat muda dan memacu pemerkasaan belia.

 

81% rakyat Malaysia optimis terhadap prospek ekonomi global disebalik kebimbangan kenaikan inflasi - Ipsos

KUALA LUMPUR 13 Jan - Rakyat Malaysia optimis terhadap prospek ekonomi global pada 2025 walaupun kebimbangan mengenai peningkatan inflasi, cukai dan potensi krisis global baharu, kata kajian Ipsos.