Lebih 4 juta ahli KWSP keluar simpanan berjumlah RM12.07 bilion daripada Akaun Fleksibel - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR 19 Feb — Seramai 4.11 juta ahli telah mengeluarkan simpanan mereka yang keseluruhannya berjumlah RM12.07 bilion daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 31 Disember 2024.






