ARM Holdings tubuhkan pangkalan di Malaysia, meterai perjanjian minggu depan - PM Anwar
KUALA LUMPUR 28 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ARM Holdings Plc, sebuah syarikat semikonduktor terkemuka dari United Kingdom, dijangka memterai perjanjian bagi menubuhkan pangkalan di Malaysia pada minggu depan.




