Jualan produk pernafasan UMediC dijangka pulih pada separuh kedua FY25, kata HLIB Research
KUALA LUMPUR 12 Mac - Prospek UMediC Group Bhd dijangka meningkat pada separuh kedua (2H) tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 (FY25) dan seterusnya, didorong oleh pemulihan dalam jumlah jualan produk pernafasan dalam segmen pengeluarannya.



