Untung bersih Kumpulan Perangsang Selangor melonjak 129.5% kepada RM43.8 juta pada 2025, umum dividen keseluruhan RM16.1 juta
KUALA LUMPUR 20 April - Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) menutup tahun kewangan 2025 dengan prestasi kewangan yang stabil apabila keuntungan selepas cukai (PAT) melonjak 129.5% kepada RM43.8 juta berbanding RM19.1 juta pada tahun sebelumnya.


