Anwar, Trump dijangka saksikan pemeteraian perjanjian perdagangan pada Sidang Kemuncak Asean Oktober 2025
KUALA LUMPUR 26 Sept - Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka menyaksikan pemeteraian perjanjian perdagangan timbal balik antara kedua-dua negara semasa Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur pada akhir Oktober.






