Saham ISF Group melonjak 52% pada penampilan sulung di Pasaran ACE, nilai pasaran cecah RM480 juta
KUALA LUMPUR 28 Jan – ISF Group Bhd mencatat lonjakan 52% pada dagangan sulungnya di Pasaran ACE, mengatasi prestasi pasaran yang lebih lemah.
Saham ISF Group dibuka pada 50 sen, lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 33 sen sesaham.






