IPOH 20 Nov - Kerajaan negeri Perak masih belum dimuktamadkan berikutan tiada mana-mana parti yang mendapat kerusi majoriti untuk membolehkan membentuk kerajaan tunggal.
KUALA LUMPUR 20 Nov - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu ini berikutan kelemahan harga baru-baru ini mungkin mendorong aktiviti pembelian semasa harga murah.
KUALA LUMPUR 20 Nov - Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR 20 Nov - Jumlah mangsa banjir di Perak terus menunjukkan peningkatan manakala Selangor merekodkan penurunan pagi ini berbanding malam tadi.
Melaka dan Kelantan pula merekodkan jumlah mangsa banjir sama berbanding malam tadi.
KUALA LUMPUR 20 Nov - Umno sebagai teras Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam sejarah penubuhannya apabila hanya meraih 30 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekaligus menunjukkan peralihan undi Melayu kepada Perikatan Nasional
KUALA LUMPUR 20 Nov - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan parlimen yang tergantung apabila tidak ada mana-mana parti yang mencapai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.