| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

LKTM mahu semak semula cadangan pengambilalihan ekoran keadaan pasaran mencabar

KUALA LUMPUR 9 Dis - LTKM Bhd. mahu menyemak semula terma perjanjian pengambilalihan bernilai RM336 juta yang dicadangkan awal tahun ini berikutan keadaan pasaran yang mencabar.

 

Pernas mahu peranan bangunkan francais dikhususkan kepadanya, agenda dibawa kepada Ewon minggu hadapan

SERDANG 9 Dis - Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi baharu, Datuk Ewon Benedict minggu hadapan bagi membincangkan agar Pernas diberi peranan sepenuhnya dalam segala aspek pembangunan francais.

PLUS tutup sementara susur Bandar Serenia, Nilai dari Plaza Tol KLIA di Lebuhraya ELITE

KUALA LUMPUR 9 Dis - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara jalan susur yang menuju ke Bandar Serenia, Nilai dan arah Selatan dari Plaza Tol KLIA di Lebuhraya ELITE kepada semua kenderaan pada 13 Disember hingga 16 Disember 2022 bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

A&W Malaysia labur lebih RM3 juta ubah suai cawangan restoran di Pantai Batu Buruk

KUALA LUMPUR 9 Dis - A&W Malaysia membuka semula cawangan popularnya di Pantai Batu Buruk, Terengganu selepas menjalani pengubahsuaian menyeluruh yang pertama bernilai lebih RM3 juta sejak cawangan itu mula beroperasi pada Ogos 1996.

 

Petra Energy dapat lanjutan setahun daripada Petronas Carigali bagi kontrak MCM

KUALA LUMPUR 9 Dis - Petra Energy Bhd. memperoleh lanjutan selama setahun daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian luar pesisir (MCM).

 

Seacera diberi lanjutan sehingga 24 April 2023 sediakan pelan penyusunan semula

KUALA LUMPUR 9 Dis - Pengeluar jubin Seacera Group Bhd yang kini jatuh di bawah status syarikat bermasalah Nota Amalan 17 (PN17), mempunyai masa sehingga 24 April tahun depan bagi menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada pihak berkuasa kawal selia untuk kelulusan.