| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Model Hyundai Creta, Stargazer terima penarafan 5 dan 4 bintang ASEAN NCAP

KUALA LUMPUR 19 Dis - Dua model kereta Hyundai iaitu Creta berjaya meraih penarafan lima Bintang ASEAN NCAP dengan markah keseluruhan 75.78 mata manakala Stargazer menerima penarafan empat Bintang dengan jumlah markah 66.48 mata.

 

Revenue Group, Grab Malaysia bekerjasama tawar kemudahan beli sekarang bayar kemudian

KUALA LUMPUR 19 Dis - Revenue Group Berhad bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk menyediakan PayLater by Grab sebagai pilihan pembayaran dalam kedai untuk peniaganya.

 

JF Technology lengkapkan pemindahan penyenaraian ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR 19 Dis - JF Technology Berhad berjaya memindahkan penyenaraian dan keseluruhan modal saham terbitannya serta waran tertunggak daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

 

Alliance Bank diiktiraf sebagai 20 syarikat senarai awam terbaik ASEAN miliki amalan tadbir urus korporat cemerlang

KUALA LUMPUR 19 Dis - Alliance Bank diiktiraf sebagai antara '20 Syarikat Senarai Awam Terbaik ASEAN' memiliki amalan tadbir urus korporat yang cemerlang sempena Anugerah 2021 Corporate Governance Scorecard ASEAN (ACGS), baru-baru ini.

 

MAVCOM ramal trafik penumpang udara capai 80.8 juta pada 2023

KUALA LUMPUR 19 Dis - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) meramalkan trafik penumpang udara pada 2023 akan berkembang 40% hingga 52% tahun ke tahun, iaitu antara 74.6 juta dan 80.8 juta penumpang.

 

Ketidaktentuan dalam pasaran tenaga akan berterusan - laporan Petronas

KUALA LUMPUR 19 Dis - Petronas menjangkakan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga akan berterusan dan pemain industri perlu bertindak pantas terhadap perubahan dalam landskap tenaga dan menerima inovasi serta penyelesaian baharu ke arah masa depan rendah karbon.