Aliran masuk asing dalam bon Ringgit lonjak RM6.6 bilion pada Mac 2023 kesan kegagalan bank di AS dan Eropah – Maybank IB
KUALA LUMPUR 10 April - Aliran masuk asing ke dalam bon Ringgit telah meningkat kepada RM6.6 bilion pada Mac 2023 daripada RM4.3 bilion dalam Februari, mencatatkan jumlah terbesar dalam lebih setahun sejak Ogos 2021.






