Bank Islam tawar peluang menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Turkiye menerusi kempen Trip To UEFA 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bank Islam tawar peluang menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Turkiye menerusi kempen Trip To UEFA 2023

Mizan Masran (tengah) ketika pelancaran kempen kempen Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard Trip To UEFA 2023 di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut kelihatan, Been Pothen (dua, kiri) Devesh Kuwadekar (dua, kanan), Amir Mutalib (kanan) dan Ahdan Shariff Muhammad (kiri).
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 April - Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menawarkan peluang sekali seumur hidup kepada pemegang Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di Türkiye menerusi penganjuran kempen 'Trip to UEFA 2023'.

 

Bank Islam dalam kenyataan berkata, pelanggan boleh menyertai kempen ini apabila mereka berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard sepanjang tempoh kempen. 

 

Katanya, pelanggan layak menerima satu unit kelayakan untuk setiap pembelian runcit atau dalam talian yang bernilai RM100 dan dua unit kelayakan untuk setiap RM100 yang dibelanjakan di luar negara. 

 

"Sebagai tambahan, pelanggan baharu yang memohon dan mengaktifkan kad kredit-i Bank Islam Mastercard dalam tempoh kempen ini layak mendapat tiga unit kelayakan. 

 

"Hadiah utama kempen kad kredit-i Bank Islam Mastercard Trip to UEFA 2023 ini terdiri daripada dua tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA, dua tiket penerbangan pergi-balik ke Türkiye, penginapan mewah selama 4 hari 3 malam dan elaun bernilai AS$250. 

 

"Sementara itu, hadiah sagu hati termasuk barangan ekslusif bertemakan UEFA, mata ganjaran TruPoints sehingga 30,000 dan baucar Adidas," katanya.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Runcit Bank Islam, Mizan Masram berkata, penganjuran kempen ini bertujuan untuk menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan Bank Islam terhadap produk dan perkhidmatannya selama ini.

 

 

bankislam

 

 

Katanya, kaedah pembayaran tanpa tunai kini menjadi pilihan pelanggan kerana transaksi yang lebih mudah, cepat dan selamat. 

 

"Penganjuran kempen ini akan menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai, sekali gus memacu penerimaan pembayaran digital. 

 

"Ia akan turut menyokong aspirasi negara ke arah pembentukan masyarakat tanpa tunai," katanya pada pelancaran tersebut.

 

Turut hadir, Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei, Been Pothen; Naib Presiden Pengurusan Akaun Mastercard; Devesh Kuwadekar; Pengarah Pengurusan Akaun Mastercard, Amir Mutalib dan Ketua Perniagaan Kad Bank Islam, Ahdan Shariff Muhammad.

 

Justeru katanya, pihaknya ingin menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada pelanggan setiap kali mereka berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard. 

 

"Lebih banyak bayaran menggunakan kad ini, peluang untuk memenangi hadiah akan lebih tinggi. Para pemenang kempen akan diumumkan dalam bulan Mei 2023," katanya.

 

Tambah beliau, Bank Islam akan terus menganjurkan pelbagai kempen menarik dan relevan untuk manfaat pelanggan setia. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard Trip to UEFA 2023, pelanggan boleh melayari www.bankislam.com/ucl23. - DagangNews.com