| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sentral REIT catat pendapatan bersih RM20.5 juta pada 2QFY24, isytihar DPU 3.21 sen

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Sentral Real Estate Investment Trust (Sentral REIT) mencatatkan pendapatan bersih RM20.53 juta pada suku kedua tahun kewangan 2024 (2QFY24) dengan pendapatan hartanah bersih (NPI) sebanyak RM37.91 juta.

 

Pemilik Cameron Santorini mahu bina semula tarikan pelancong ala-Greece di Cameron Highland 

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pemilik Cameron Santorini berharap dapat membina semula pusat peranginan popular di Brinchang, setelah dirobohkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands disebabkan tidak memperoleh sebarang kelulusan.

 

Sektor insurans, takaful menghadapi pertumbuhan lebih perlahan akibat inflasi — RAM

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kedua-dua sektor takaful hayat/keluarga dan bukan hayat dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan pada 2024 berikutan tekanan inflasi, kata ketua bersama penarafan institusi kewangan RAM Rating Services Bhd, Sophia Lee.

 

KPJ Healthcare miliki kapasiti untuk berkembang, mampu capai sasaran jumlah pesakit - MIDF Research

KUALA LUMPUR 7 Ogos - MIDF Research berpendapat KPJ Healthcare Berhad mempunyai kapasiti untuk berkembang dan seterusnya meningkatkan kadar penghunian katil (BOR) seperti yang disasarkan.

 

AWC teroka pasaran trak dan jentera tenaga baharu bersama dua rakan kongsi China

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kumpulan perkhidmatan kejuruteraan AWC Bhd berkata ia sedang meneroka peluang untuk memasarkan trak berat tenaga baharu dan jentera pembinaan di Malaysia bersama dua rakan kongsi yang berpangkalan di China.

 

Proton X50 2024 berjaya dijual melebihi 2,500 buah pada Julai 2024

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Proton X50 2024 vesi dikemas kini yang dilancarkan dua bulan lalu berjaya dijual sebanyak 2,585 unit pada Julai 2024, bulan pertama jualan penuh kenderaan utiliti sukan (SUV) premium segmen B itu.