| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maybank IB jangka KDNK suku kedua 2024 tumbuh 6.8%, atasi anggaran awal 5.8%

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menganggarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku kedua 2024 (2Q24) sebanyak 6.8%, mengatasi jangkaan awal KDNK 2Q24 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang meramalkan pertumbuhan 5.8%.

 

Maybank IB semak turun pendapatan Velesto sebanyak 5% bagi FY25 kesan kelemahan pasaran pelantar penggerudian

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun pendapatan Velesto Energy Bhd sebanyak 5% bagi FY25 kesan kelemahan pasaran pelantar penggerudiaan semasa.

 

Pendapatan perdagangan gas terjejas, penangguhan capex Petronas suatu kemungkinan - Maybank IB

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Peralihan tanggungjawab perdagangan gas setelah Petroleum Sarawak Bhd (Petros) menjadi aggregator gas tunggal di Sarawak bakal mempengaruhi sumber pendapatan dan aliran tunai bebas Petronas walaupun kesannya masih belum dapat diukur ketika ini.

PublicInvest menilai Elridge yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 46 sen

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Public Investment Bank Research (Publicinvest) memberi harga wajar 46 sen terhadap pengeluar produk bahan api biojisim, Elridge Energy Holdings Bhd yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Agrobank bakal buka semula cawangan di Spaoh, Sarawak

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Agrobank akan membuka semula cawangannya di Spaoh, Sarawak sebagai sebahagian komitmen bank itu untuk meningkatkan perkhidmatan perbankan di kawasan luar bandar. 

 

Saham Sik Cheong dibuka 85.15% lebih tinggi pada penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Saham dalam Sik Cheong Berhad melonjak 85.15% semasa penampilan sulung dagangan saham itu pada hari ini, selepas syarikat pembungkusan semula, pemasaran dan pengedaran minyak sawit olein RBD itu memperoleh RM17.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).<