Kenaikan asas tarif elektrik bakal jejaskan usaha penyahkarbonan - Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia
KUALA LUMPUR 30 Dis - Bil elektrik yang lebih tinggi akan mengehadkan daya saing syarikat keluli dan menjejaskan usaha penyahkarbonannya bagi industri yang bergelut dengan kerugian sejak tiga tahun lalu, kata Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (Misif).






