Weststar-GAP Aviation tandatangan kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter RM177.78 juta dengan syarikat O&G Australia, Santos
KUALA LUMPUR 31 Jan - Kumpulan Weststar milik Malaysia melalui usaha sama Weststar-GAP Aviation, menandatangani kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter bernilai RM177.78 juta dengan syarikat minyak dan gas (O&G) Australia, Santos Ltd.






