Harga diesel turun 75 sen kepada RM5.97 bagi tempoh 16-22 April 2026
KUALA LUMPUR 15 April – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia mencatat penurunan ketara sebanyak 75 sen kepada RM5.97 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 April 2026, menjadikannya antara penurunan mingguan terbesar setakat ini.




